Saturday, 1 October 2011

HATE IT OR LOVE IT.

Sorry abang tak selalu post pasal jiwang jiwang. Maka abang terus terang aja ya dong. Abang dah habis paper and tengah tunggu presentation, lepas tu grad insyaAllah. Abang taip ni sambil layan Take Over Control. Style tak abang? Style kan? Let's get serious.



YES, I STILL HATE MALACCA. But that was three weeks ago. Dan sekarang tetiba pulak dah nak grad, masa tu jugak la ramai kawan baru. Junior, housemates, kawan kawan, member lepak, malahan saya juga bermain bola sepak bersama kanak kanak berusia 8 hingga 13 tahun seminggu before gerak KL. How pathetic my life is. Tapi at least I had fun okay! Sebenarnya bosan dah pukul 630 pagi tak tidur lagi ni. I'm gonna miss each & everyone in Malacca, seriously. Thanks for the memories.

Thursday, 5 May 2011

MENCUBA.

Keep trying Mint. Kau kena happy balik. Kau kena hidup macam biasa. Memang sekarang terasa kosong. Lama - lama semuanya okay la, macam dulu balik. InsyaAllah. Teruskan mencuba. Kenangan memang menyakitkan. Tapi please get over it.

Wednesday, 4 May 2011

REALITI HIDUP YANG TIADA KEHIDUPAN (Untuk Diri Sendiri))

Hello bloggers. Kali ni saya nak menceritakan kisah kehidupan David yang sentiasa setia bersama Facebook beliau. Ada terasa ke? Kalau tak terasa takpe sebab saya terasa. Saya macam ni lah. Tapi dah cuti sem ni jarang lah kan mengadap sangat Facebooknya. Bukan ada wifi kat rumah pun, broadband apatah lagi. Bye! Oh btw kalau nak zoom gambar tu sila click kat gambar tersebut tau.

SELAMAT TERASA!

PEREMPUAN. (Bukan Semua Tau)

Okay untuk post kali ni nak sentuh sikit pasal perempuan la kan. Bukan bias ke apa tau, cuma untuk berhibur secara sinis je. Bukan semua perempuan macam ni hehe. Perempuan dia selalu tak layan kalau ada lelaki suit - suit ke apa, memang betul la tindakan tersebut dah lelaki tu pun macam takde mulut nak tegur ye dok. Pegi jadi tikus tu buat apa. Tapi kadang - kadang tu perempuan ni, lelaki tegur elok - elok pun depa malas nak layan. Mesti mas kahwin tinggi ni hehe. Kadang - kadang tu lelaki ni tegur bukan niat nak mengorat, tapi taktau la kan. Okay malas panjang cerita.

Kepada cik adik manis comel semua, jangan marah ye. Gurau - gurau je hehe :P Oh kalau nak zoom sila click kat image ya.

Saturday, 30 April 2011

1st.


P   A    R    D    O    O   O    K   K

Akhirnya Sempurna.

30th April 2011 akhirnya saya telah berjaya mengharungi paper Event sebentar tadi walaupun ada jugak terbau repeat paper Event tu next sem tapi lantak lah. Bak kata Redzuan Kassim, repeat belakang cerita, janji paper settled. Kejang siak tangan aku jawab essay tadi. Dengan takde objectivenya. Apa dia ingat remaja berumur purata 21 - 23 tahun ni minat sangat ke menulis panjang nau gitu? Gila. Dah la masa jawab exam tadi jiwa aku dah berada kat ruang tamu rumah aku tengah tengok televisyen dah. Tengah tengok Melodi. Melodi hari Sabtu ke Ahad? Punya la 39 tahun tak tengok televisyen sampai lupa program kat televisyen tu. A'ah aku taip televisyen, bukan TV. Asal? Dah la malang paper Event tak boleh jawab, pastu boleh pulak phone aku hilang. Haih. Dah la awek ada 6 orang, kang kalau semua call tak dapat camna. Berua. Nasib baik pengawas peperiksaan tu jumpa. Rupanya dia yang ambik. Haih kalau aku tau dia yang ambik takde la aku sepak semua tiang besi kat koridor tadi. Sakit tau tak kaki aku ni. Dah lah lembut. Haih. Bengangnyaaaaaaaaa post aku harini!
Dah la PLAN B aku mengkhianati aku harini. Langsung taknak tolong aku kan. Aku buang kau!

Friday, 29 April 2011

Selamat Hari Ibu, Mak. :')

Entry ni special untuk Mak tersayang sempena Hari Ibu yang akan datang tak lama je lagi. Baru je taip tajuk post ni Along dah nak menangis. Rindu kat Mak sangat. Esok Along balik InsyaAllah kalau panjang umur masa otw nak balik tu. Nak tengok muka Mak. Tu je cara yang boleh buat Along tenang. Kan best kalau Mak jadi pengawas peperiksaan tu, takdelah Along pakai toyol jawab exam. Lama dah tak makan mihun tomyam Mak buat. Tapi Along tau lepas sesampainya Along di rumah, Along takkan melekat kat rumah tu. Tapi Along keluar pun mana ada pegi rompak Indon. Along ingat Mak apa. Takkan nak keluar pegi swimming ngan kawan - kawan bawak Mak sekali kan hehe melawak pulak aku ni. Takpelah, yang penting Mak sentiasa sihat sejahtera, diredhai Allah dan murah rezeki. Selamat Hari Ibu, Mak. Sesungguhnya Allah je tahu macamana perasaan Along kalau Mak takde dekat ngan Along. Ha jiwang kan post ni. Lantak ah.

Rodzitah binti Mohamad 05/04/1966.