Siapa tak tidur lagi? Mestilah ramai tak tidur lagi kan awal lagi kan. Tapi bila masuk pukul 12 ke 1 pagi kang, rasa macam nak tidur tapi dok berguling je kat katil tu sampai pukul 7 pagi. Ramai kan yang ada masalah macam ni. Aku ni lagi la, dah jadi seekor panda dah cuma beza aku ngan panda, dia ada stripe putih tu jugak kat badan dia, aku langsung takde. Ha macam tula. Bagi aku la, aku rasa bukannya anda tak boleh tidur, tapi anda banyak sangat fikir pasal Facebook la, Twitter la, nak jadi Prime Minister la, esok ada paper la, kalau study takpe la kan. Amboi cakap orang. Kau pun sama Azmin Ezzaq. Okay malas nak panjang - panjang. Ni ada cara nak bagi tidur cepat. Cekidaut.
Kalau anda kata ni 18SG, aku taktau la nak habaq camna lagi.
Post kali ni untuk beringat - ingat sesama sendiri je. Sentiasa ingat yang karma tu wujud. Anda aniaya orang, kalau orang tu tak dapat balas balik. Alam yang akan balas. Allah sendiri tunjuk kat anda haaa baru hang ada akai sikit. Jangan aniaya orang. Doa orang teraniaya tu makbul. Cukup 44 orang doa yang buruk kat anda pasal anda selalu aniaya orang, haa hang tunggu la nasib hang pasni camna camni camnu auk.Mak cakap, "Hang jangan buat perangai dengan orang. Nanti orang balas lagi teruk." kata mak meyakinkan anaknya. Betul tu mak.
UNTUK ZOOM IN, SILA CLICK PADA IMAGE YE. THANK YOU.
Untuk post kali ni, baru la aku nak luahkan isi hati aku. Aku nak mintak maaf banyak - banyak dekat someone ni. Thanks selama ni sebab ada dengan aku waktu susah senang. Thanks sebab banyak tolong aku, baik dengan aku. Tuhan je dapat balas. Bukan semua lelaki ada sikap babi macam aku ni. Bukan semua. Seriously. Entah - entah kat dunia ni, aku sorang je yang mempunyai sikap babi ni. Kau pun tau sikap apa kan. Mintak maaf banyak - banyak.Ni apa yang aku rasa. Bukan salah kau. Kau tak pernah ada salah pun dengan aku. Cuma aku yang bermasalah. :(
Pernah tak anda dalam situasi dimana anda sedang berjalan - jalan atau lepak dengan kawan atau bermain hoki atau bermain Daytona kat arcade tiba - tiba ada orang tegur anda. Wait, tiba - tiba anda rasa macam ada manusia tegur anda dengan melambai ke arah anda. Anda pun dengan confident membalas lambaian tersebut dan apa yang anda fikir masa tu, "Aku kenal ke dia ni? Macam pernah nampak." Opss, pastikan anda check belakang anda dahulu. :) Maruah aku dah banyak kali tercalar disebabkan ini. :/Click pada image untuk kepuasan membaca maksima. :)
Kalau ada awek macam ni, memang style. Boleh ke terima baik buruk dia? Dorang relax je terima kentut korang? Heh heh heh. :POh, anda boleh click kat image tu untuk zoom in hehe sorry noob sikit. Tak payah la lekat mata kat screen dah. Heeee -.-"
Apa yang patik nak cerita dalam post kali ini ialah sekarang adalah patik tidak boleh bersabar untuk bertemu dan melenyapkan paper Event (InsyaAllah boleh) dengan mudahnya! Dan patik nak cuti selama sebulan di rumah menuai padi di dalam rumah! Eh tak. Sayugia, patik berharap agar cuti patik terluang dengan aktiviti yang berfaedah. (macam mustahil) Akhirulkalam, patik ingin mengucapkan selamat cuti semester kepada pelajar sekalian. Yang dah grad cuti 4 bulan tu, erm. Have fun la okay. *Jealous.
Pastikan anda mendengar original soundtrack "Pearl Harbor" oleh Faith Hill ; There'll You Be semasa membaca post ini. Takde kena mengena kan. Lantak.
Mesti ada orang yang rasa macam ni kan. Mesti punya la. Terpaksa senyum depan orang untuk menyembunyikan masalah. Tapi apa yang kita rasa, takde sape yang tahu. Kan kan kan kan kan. SamalahSorry kalau anda terpaksa melekatkan mata anda ke screen laptop atau PC anda pasal artwork diatas ni teramat la comel saiznya. Sorry ye. Lukis pakai paint je. Takde budget nak beli laptop boleh install macam - macam. Heeee :)